Friday, April 10, 2009

Jemaah Menteri: Kita Akan KPIkan PM - A Kadir Jasin

My comments on A Kadir Jasin's weblog posting...
_________________________________
Sdr. A Kadir Jasin,  

Jawatan Menteri Kewangan II masih ujud jika laporan akhbar diguna sebagai sandaran.

Akan tetapi saya tidak begitu kenal dengan Sdr. Ahmad Husni Hanadziah selaku MKII. Jadi saya tidak akan membuat penilaian sekarang seperti yang Sdr. tulis. Ya, saya setuju dengan cadangan untuk menilai prestasi Najib serta ahli kabinet dalam masa 6 bulan ini.  

Jika prestasi mana-mana Menteri tidak memuaskan, Najib mestilah memberi "nasihat" kepada Menteri yang berkenaan. Jika selepas 6 bulan dari "nasihat" prestasi masih kurang memberangsangkan, Menteri berkenaan mesti digugurkan.

Kaedah ini mesti diteruskan dari sekarang dan mesti diintegrasikan ke dalam Standard Operating Policies and Procedures (SOPP) untuk kabinet.

Jika Najib selaku PM benar-benar "walk the talk" UMNO/BN mungkin selamat di PRU13. Jika tidak, beliau akan melakar sejarah sebagai PM pertama yang menjadi pembangkang.  

There is no two ways about it!  

Sekian.

No comments: