Tuesday, May 12, 2009

Komen Terhadap Cadangan Pak Belalang diblog A Kadir Jasin

PakBelalang telah membuat cadangan diblog A Kadir Jasin pada artikel "Sepanjang Jalan Perjalanan" bertarikh 08 Mei 2009.
Saya telah memberi sedikit komen yang tidak diminta mengenai cadangan PakBelalang.
_________________________________

PakBelalang telah menulis:

SHAH ALAM, May 11 (Bernama) -- Umno will harness the power of the new media to attract the young towards the party but not in the way the opposition has been using them to undermine leaders of other parties.

comment:

UMNO kalau nak pikat anak-anak muda Melayu berjinak dengan parti UMNO senang saja.

Tiap-tiap cawangan mesti disediakan UMNO Social Club House untuk anak-anak muda. Adakan berbagai aktiviti social yang boleh menyatu-padukan masyarakat pemuda dicawangan-cawangan. Tak payah cerita pasal politik sangat. Make it a very informal interaction among themselves and give them free hand to organise whatever activities they want to initiate. Ketua Bahagian and Ketua Cawangan mestilah proaktif, dan beri sokongan dan guidance untuk mereka.

Kalau facilities di Club House itu canggih dengan segala kelengkapan seperti internet, gym dll. lagi kuat tarikan anak-anak muda bersama UMNO.

12:23 AM

_________________________________
Sdr. A Kadir Jasin,  

Mohon permisi untok komen sikit mengenai cadangan PakBelalang.  

Cadangan PakBelalang memang menarik dan berkemungkinan berjaya menarik golongan muda. Cuma kalau dibuka kepada semua golongan mesyarakat termasuk kaum lain, saya rasa bolih "kill two birds with one stone".  

Akan tetapi cadangan ini mungkin susah untok dilaksanakan kerana kebanyakkan para pemimpin UMNO disetiap peringkat amat pentingkan diri sendiri.  

Maka agak susah untuk mereka membuka kemudahan kepada mesyarakat umum jika tiada "pulangan yang memuaskan" untuk diri sendiri.  

Kebanyakkan pemimpin UMNO sekarang amat "shortsighted". Bukan seperti pemimpin UMNO dulu kala.  

Yang utama adalah kekayaan dan kesenangan diri sendiri dan bukan mesyarakat.  

Jika sesuatu cadangan itu bernas tetapi tidak memberi pulangan yang memuaskan dalam masa terdekat maka cadangan tersebut tidak baik.  

UMNO sekarang memilih untok "berkasta". Golongan elit yang kaya raya dan golongan miskin, papa kedana.  

Golongan miskin menjadi hamba kepada golongan kaya untuk "suap pagi makan pagi, suap petang makan petang".  

Semua ini dengan alasan budi yang ditaburkan olih para pemimpin terdahulu.  

Sekian.

No comments: