Komen saya terhadap komen Sdr. Roti Planta di blog A Kadir Jasin...
___________________________________
Sdr. A Kadir Jasin,
Mohon permisi untuk menjawab sikit komen Sdr. Roti Planta.
Memang benar ada dikalangan pelajar yang "dipinggir" olih JPA ditaja olih badan-badan koperat tertentu. Memang benar keputusan mereka tidak berapa "cemerlang".
Tetapi diantara kes-kes yang saya ketahui terdiri dari pelajar straight "A's". Mereka ini bukan semuanya dari bangsa Cina. Malah ada juga orang Melayu dan India yang dapat tajaan dari kerajaan Singapura.
Jika diteliti dari sudut keputusan mereka yang saya perkatakan adalah terdiri dari golongan pelajar cemerlang tetapi tidak mendapat biasiswa JPA.
Adakah ini ada kaitan dengan status ibubapa mereka yang bukan orang berada?
Contoh 1:
Abang saya pernah bercerita mengenai rakan sebilik dia semasa dikolej. Rakan tersebut adalah anak salah seorang Tan Sri dan juga Ketua Setiausaha (Secretary General) di kementerian tertentu.
Anak Tan Sri ini mendapat biasiswa JPA, diberi elaun RM500 sebulan dan sebuah kereta olih bapanya.
Walaupun dari segi keputusan rakan abang saya ini tidaklah secemerlang berbanding dengan abang saya. Namun beliau mendapat biasiswa JPA dan abang saya tidak. Abang saya dibiayai olih pinjaman yang diberi olih yayasan tertentu.
Selepas tamat universiti, rakan sebilik abang saya ini telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Serjana.
Selepas tamat rakan ini tidak mahu kembali ke Malaysia untuk berkhidmat di sini.
Selepas tamat abang saya pulak terus berkhidmat dengan kerajaan. Beliau juga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Serjana dan Doktor Falsafah.
Sekarang abang saya adalah ketua jabatan disalahsatu Fakulti di IPTA.
Rakan sebilik anak Tan Sri itu pulak masih berkerja diluar negara.
Contoh 2:
Ada dikalangan kawan-kawan isteri saya telah diberi biasiswa olih kerajaan Singapura selepas mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM. Selepas menamatkan khusus peringkat Ijazah mereka terus bekerja di Singapura.
Contoh 3:
Baru-baru ni (dalam setahun dua yang lalu) anak buah rakan sepejabat saya telah mendapat biasiswa dari kerajaan Singapura kerana keputusan cemerlang di peringkat SPM.
Budak ini telah memohon biasiswa JPA tetapi gagal walaupun mendapat straight A's.
Ada lagi beberapa contoh yang lain yang pernah dicerita kepada saya. Diantara persoalan saya:
(1) Kenapa mereka ini tidak mendapat biasiswa JPA walaupun keputusan mereka cemerlang?
(2) Apakah kriteria untuk mendapat biasiswa JPA?
(3) Adakah status ibubapa diambilkira?
(4) Kenapa kerajaan asyik merungut pasal "brain-drain" bila ada dikalangan yang setia bekerja disini amat berkeliber?
Banyak persoalan yang timbul dan tidak terjawab...
Yang pasti, seperti kata Sdr. AKJ, ramai pulak isteri Menteri yang diberi anugerah walaupun sumbangan mereka tidaklah sepertimana yang diperkatakan.
Malaysia, oh Malaysia, apo dah jadi?
Sekian.
No comments:
Post a Comment