Saturday, May 16, 2009

Iktibar Daripada Cerita Presiden Obama - A Kadir Jasin

Komen saya terhadap posting Sdr. A Kadir Jasin yang bertarikh 16 Mei 2009.
_____________________________________

Sdr. A Kadir Jasin,

Di Malaysia sekarang ni kalau kita baling batu kearah sekelompok manusia, kebarangkalian batu tersebut mengena seorang "Datuk" amatlah tinggi!  

Selain anugerah kebesaran, perkara ini berlarutan sehingga ke penganugerahan biasiswa!  

Pemberian biasiswa di Malaysia lebih kepada "technical know who" dan bukan "technical know how" sperti juga pemberian kontrak-kontrak lumayan.  

Pada penghematan saya yang agak sempit, keutamaan diberi kepada anak-anak pembesar UMNO, MCA, MIC, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.  Olih kerana itu terdapat ramai pelajar cemerlang yang "lari" ke negara lain.  

Disebabkan olih sifat serta kelakuan sesetengah insan berpangkat di Malaysia ini, negara yang paling beruntung adalah Singapura.  

Setiap tahun para pegawai Singapura akan menjelajah ke seluruh semenanjung Tanah Melayu untuk mencari serta menawarkan biasiswa kepada pelajar kita yang cemerlang tetapi diketepikan olih pihak berkenaan.  

Dan setiap tahun bila Parlimen kita bersidang, Menteri Sumber Manusia akan memberi alasan-alasan kenapa kita mengalami "brain drain".  

Menteri berkenaan juga akan mengariskan langkah-langkah bagi mengurangkan masaalah brain-drain ini. Diantara langkah-langkah yang pernah disebut adalah menawarkan pakej-pakej menarik untuk para intelek ini.  

Bolihkah kita buat kesimpulan bahawa kerajaan Malaysia telah gagal dalam mengekang "kehilangan tenaga intelek" ini kerana:  

(1) ketamakkan dalam memberi biasiswa kepada yang layak dan memerlukan?; 

(2) sifat mementingkan diri yang agak keterlaluan dikalangan pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan serta parti politik?  

Bolihkah kita kata bahawa negara akan terus menderita "kehilangan tenaga intelek" akibat 

(1) dari sifat-sifat tamak para pemimpin-pemimpin serta anak-bini dan menantu? 

(2) dari ketidakikhlasan para pemimpin negara dalam menjalankan amanah, amanat serta mandat dari rakyat? 

(3) dari kekurangan daya pemikiran yang tajam dikalangan pemimpin-pemimpin negara?  

Sekian.

No comments: